Tuesday, July 6, 2010

KURSUS KEPIMPINAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAP menganjurkan satu kursus khas untuk para pemimpin sekolah yang terdiri daripada Ketua dan Penolong Bilik Darjah, Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.
Kursus yang sedang berjalan pada hari ini bertempat di SKAP di bawah bimbingan IQ Class Management melibatkan 100 orang murid. Semoga para pemimpin kecil ini bakal menjadi pemimpin berkarisma suatu hari nanti.

PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS(ENGLISH WEEK)

Panitia Bahasa Inggeris SKAP telah mengadakan pelancaran Minggu Bahasa Inggeris (English Week) pada hari Selasa, 6 Julai 2010. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar SKAP, Puan Zainah bt Ahmad.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang melibatkan seluruh warga SKAP. Diharap program ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan minat murid terhadap penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selaras dengan slogan memartabat Bahasa Melayu, memperkasa Bahasa Inggeris.