Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAP menganjurkan satu kursus khas untuk para pemimpin sekolah yang terdiri daripada Ketua dan Penolong Bilik Darjah, Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.
Kursus yang sedang berjalan pada hari ini bertempat di SKAP di bawah bimbingan IQ Class Management melibatkan 100 orang murid. Semoga para pemimpin kecil ini bakal menjadi pemimpin berkarisma suatu hari nanti.
SKAMPANGPECAH
Jalan Hamzah 44000 Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor Tel/Fax:03-60645439
Tuesday, July 6, 2010
PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS(ENGLISH WEEK)
Panitia Bahasa Inggeris SKAP telah mengadakan pelancaran Minggu Bahasa Inggeris (English Week) pada hari Selasa, 6 Julai 2010. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar SKAP, Puan Zainah bt Ahmad.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang melibatkan seluruh warga SKAP. Diharap program ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan minat murid terhadap penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selaras dengan slogan memartabat Bahasa Melayu, memperkasa Bahasa Inggeris.

Wednesday, June 30, 2010
Program SBP
Pada 30 Jun 2010, sekumpulan pelajar dari sekolah-sekolah berasrama penuh dari seluruh negara telah berkumpul di SKAP untuk berkongsi idea dan memberi motivasi kepada murid-murid Tahun 6 SKAP.
Program ini telah memberi impak yang sangat mendalam kepada murid-murid SKAP. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selamat Datang...
Blog Rasmi SK Ampang Pecah bermula hari ini. Semoga blog ini akan terus lestari seiring dengan masa...
Blog Rasmi SK Ampang Pecah bermula hari ini. Semoga blog ini akan terus lestari seiring dengan masa...
Subscribe to:
Posts (Atom)